BADAL HAJI SABAH
lihat pakej badal haji
100% DILAKSANAKAN
TEMPAH SEKARANG
JUJUR TELUS AMANAH
INFO LANJUT, KLIK SINI
Previous
Next

” Masih belum terlambat hadiahkan BADAL HAJI kepada tersayang yang telah pergi meninggalkan kita “

DALIL HUKUM BADAL HAJI

Barangsiapa yang mampu menyambut panggilan haji, kemudian kerana sakit atau lanjut usia tidak dapat melaksanakannya, maka dia diharuskan meminta orang lain untuk menghajikannya. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Fadl bin Abbas ra. Bahwa seorang wanita dari Bani Khats’am berkata, “Wahai Rasulullah saw.! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang sudah berumur, tidak mampu mengadakan perjalanan, apakah boleh aku menghajikannya?” Rasulullah saw. menjawab, “Boleh.” Ini pendapat Imam Syafi’i, Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah. Sementara Imam Malik berkata, “Tidak wajib.”

Apabila seorang yang sakit setelah dihajikan sembuh, maka kewajiban hajinya tidak gugur. Yang bersangkutan wajib mengulanginya. Menurut Imam Ahmad kewajibannya telah gugur. Barangsiapa yang melaksanakan haji nazar sementara dia belum melaksanakan haji Islamnya, maka haji nazarnya itu dibalas sebagai haji Islam dan setelah itu ia harus menunaikan haji nazarnya.

Barangsiapa yang meninggal dunia, belum malaksanakan haji Islam atau haji nazar, maka walinya wajib untuk menunaikan haji tersebut dengan biaya dari harta si mayit. Ini pendapat ulama Syafi’i dan Hambali.

Ulama Hanafi dan Maliki berpendapat, “Ahli waris tidak wajib menghajikan si mayit kecuali jika si mayit mewasiatkannya, maka ia dihajikan dengan biaya tidak lebih dari sepertiga harta warisan.”

Orang yang melaksanakan haji badal disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya baik mampu atau tidak. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Ibnu Abbas r.a., Bahwa Rasulullah saw. mendengar seorang laki-laki berkata, “Aku penuhi panggilan-Mu untuk Syabramah.” Rasulullah saw. bertanya, “Apakah engkau telah melaksanakan haji untuk dirimu?” Ia menjawab, “Belum.” Beliau bersabda, “Hajilah untuk dirimu kemudian laksanakan haji untuk Syabramah.”

Semoga ALLAH SWT mengurniakan haji yang mabrur kepada orang yang dihajikan, Amin. 

Kenapa MELAKSANAKAN Badal Haji bersama NURMULTAZAM TRAVEL

Kami adalah Syarikat Bumiputera Sabah yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan (KPK/LN: 7425), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (1039136-X) & Ahli MATTA (MA5046)

Berpengalaman menguruskan Umrah & Badal Haji lebih dari Enam (6) Tahun

Petugas yang bertauliah dan berpengalaman dan dipantau penuh oleh Mutawwif dari segi perlaksanaan ibadah haji

Dipercayai, diyakini, dijamin bebas dari penipuan dan telah menguruskan lebih dari 500 pendaftaran Badal Haji

LIHAT APA KATA TESTIMONI KAMI

2016
2017
2018
2019

100% Badal Haji di Tanah Suci Mekah

GOLD

RM 1990
  • Majlis Tahlil Di Kota Kinabalu
  • Sijil
  • Cenderahati

PREMIUM

RM 2290
  • Majlis Tahlil Di Kota Kinabalu
  • Tawaf Sunat
  • Cenderahati

PLATINUM

RM 2990
  • Majlis Tahlil Di Mekah
  • Khatam Al-Quran
  • Cenderahati

SOALAN LAZIM (FAQ)

Badal ertinya ‘ganti’,’ pengganti’, atau yang ‘digantikan’. Oleh itu Badal Haji adalah menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit ,usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam.

Seperti yang dimaksudkan dalam Surah Al-Imran ayat 97:

 

 

Maksudnya: “Disana terdapat ayat-ayat yang jelas dan ada makam Nabi Ibrahim, dan sesiapa yang memasuki nya amanlah dia. Hanya untuk Allahlah kewajipan haji atas manusia, iaitu bagi sesiapa yang mampu melakukan perjalanan ; dan sesiapa yang kafir (engkar) sesungguhnya Allah Maha Kaya dari seluruh semesta alam.”

Yang boleh melakukan badal haji adalah mereka yang telah bergelar haji (Sudah menunaikan haji untuk dirinya), Jika si pengupah badal haji belum melaksanakan haji untuk dirinya maka badal haji yang dilakukan adalah tidak SAH.

Walaupun syarat badal haji diharuskan tetapi hendaklah menepati syarat-syarat seperti berikut:

  1. Tidak sah badal haji bagi yang mampu untuk melakukan sendiri.
  2. Boleh dilakukan badal haji kepada mereka yang sakit tiada harapan untuk sembuh, lumpuh atau yang telah meninggal dunia.
  3. Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
  4. Bila meninggal dunia seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat atau pun tidak.
  5. Sebaiknya badal haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yang terdekat dengannya. Jika dilakukan oleh orang lain maka hukumya adalah harus.
  6. Tidak boleh seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan pula kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada si pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu.
  7. Perlu wakilkan atau diupah haji itu kepada seorang yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut

Badal Haji akan dilaksanakan pada hari Arafah iaitu pada 9 ZULHIJJAH

BADAL HAJI sebagai hadiah amalan buat orang yang kita sayang. Mari kita mengirimkan sedikit hadiah dan bekalan buat tersayang yang telah pergi meninggalkan kita. Inilah masanya untuk kita membalas jasa mereka kepada kita selama ini. 

 

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya”.

Untuk pengetahuan semua, Sijil & Cenderahati dari Mekah. Kebiasaanya sebulan selepas Hari Raya Korban, Sijil & Cenderahati baru akan sampai di Pejabat Nurmultazam Travel.

 

Jika semua barang sudah sampai kami akan menghubungi wakil untuk hadir ke Majlis Tahlil yang akan kami adakan khas untuk semua yang berdaftar bersama kami.

 

Bagi yang tinggal jauh dan tidak dapat hadir ke Majlis tahlil/Pejabat kami akan pos barang tersebut ke alamat yang telah anda berikan kepada kami.

 

Bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan area KK dan tidak dapat hadir ke Majlis Tahlil boleh datang ke Pejabat Nurmultazam Travel untuk menuntut Sijil & Cenderahati tersebut.

Jika anda berminat untuk membuat Badal Haji, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk pendaftaran:

  1. Klik link yang kami sediakan di Website ini dan ikuti langkah-langkah yang telah diberikan.
  2. Boleh terus call/whatsap kami di talian (088-216 366 - Pejabat / 016-223 7579 / 013-804 7579)

BERMINAT UNTUK TEMPAHAN?

Deposit hanya RM200 seorang. Baki bayaran boleh dibuat secara ansuran.
Hubungi kami untuk tempahan. Anda juga boleh terus membuat pembayaran melalui Bank in / Online Transfer atau Toyip Pay klik (TEMPAH ONLINE SEKARANG)

Pembayaran secara Transfer Online / CDM, gunakan maklumat berikut:

  • Bank : Maybank Berhad
  • No. Akaun : 5602 1405 7354
  • Nama : Nur Multazam Travel & Services Sdn Bhd
  • Jumlah : RM200 (Boleh bayar Lebih/Penuh)
  • Selepas melakukan BANK-IN, sila isi borang di sebelah. Langkah ini MESTI DILAKUKAN untuk memastikan tempahan anda diproses.

Berhubung Dengan Kami

Hubungi kami pada waktu pejabat di
088 216 366 (Isnin-Sabtu 8.30am-5.00pm) ataupun anda boleh berhubung / whatsapp terus dengan Staff kami

 

Mariana 016-2337579

Nurain 013-8047579

 

Temui Kami Di Sini

Location

Lot 29, 1st Floor, Grace Square Jalan Pantai Sembulan 88100 Kota Kinabalu Sabah

Contact Us

088-216 366

016-223 7579 / 013-804 7579

nurmultazam2014@gmail.com

Our Hours

MON-FRI – 08:30 – 17:00

SAT – 08:30 – 13:00